Brands listing

Kategori Produk

lqx5-b
lqx5-blqx5halal_187892946-_002_936927328-_001_829968600-_003_174971903918_dec_2024-bahasa_001_6521558118_dec_2024-bahasa_003_175664259518_dec_2024-bahasa_002_177400720018_dec_2024-bahasa_004_204470832218_dec_2024-bahasa_006_92498379618_dec_2024-bahasa_005
  Arahan penggunaan (1 botol = 10ml):Ambil sebelum atau selepas makan Dos yang diluluskan untuk kanak-kanak di China:1-5 tahun, 5ml, 3 kali sehari.5-12 tahun, 10ml, 3 kali sehari.>12 tahun/dewasa, 20ml, 3 kali sehari.   2010 Kementerian Kesihatan, ChinaGaris Panduan FHM tentang Diagnosis dan ...Baca lebih lanjut
Pakej L01
RM 640.00 masing-masing



  • Deskripsi Produk

 

Arahan penggunaan (1 botol = 10ml):
Ambil sebelum atau selepas makan

Dos yang diluluskan untuk kanak-kanak di China:
1-5 tahun, 5ml, 3 kali sehari.
5-12 tahun, 10ml, 3 kali sehari.
>12 tahun/dewasa, 20ml, 3 kali sehari.

 

2010 Kementerian Kesihatan, China
Garis Panduan FHM tentang Diagnosis dan Rawatan Penyakit

2016 Persatuan Perubatan Cina dan Barat China
Konsensus Pakar tentang Diagnosis & Rawatan Selesema Burung dengan Rawatan Gabungan Perubatan Cina & Barat

2016 Persatuan Perubatan Cina dan Barat China
Konsensus Pakar tentang Diagnosis & Rawatan Penyakit Virus Zika dengan Rawatan Gabungan Perubatan Cina & Barat

2017 Persatuan Perubatan Cina, China
Garis Panduan Amalan Klinikal untuk Rawatan Penyakit Berjangkit Biasa dengan Perubatan Tradisional Cina Sahaja atau Digabungkan dengan Antibiotik. Jangkitan Saluran Pernafasan Atas Akut dalam Kanak-kanak

2019 Jurnal Perubatan Cina & Barat serta Pertolongan Cemas
Konsensus Pakar tentang Aplikasi Ubat Paten Cina untuk Jangkitan Saluran Pernafasan Atas Akut

 

 

Di Malaysia, kita menikmati musim panas sepanjang tahun dan makanan pedas. Secara purata, seseorang akan mengalami masalah saluran pernafasan atas seperti sakit tekak, gusi merah dan bengkak, tonsilitis dan lain-lain beberapa kali setahun!

 

Kini, anda boleh membawa "pemadam api" bersama anda – Larutan Oral Lan Qin! Hilangkan kepanasan dan menyahtoksik badan anda; legakan sakit tekak anda dan kurangkan bengkak.

 

Larutan Oral Lan Qin mengandungi 5 bahan aktif.
Mereka adalah Isatis Indigotica|Scutellaria Baicalensis|Gardenia Jasminoides|Phellodendron Chinense|Sterculia Lychnophora

 

Kesemua bahan ini menyumbang kepada kefungsiannya yang 5-dalam-1.
Ia adalah antiviral|antibakteria|anti-radang|antipiretik (mengurangkan demam) dan menghilangkan kepanasan|analgesik|melegakan kesakitan

 

Diguna secara tradisi untuk simptom.
Demam|Batuk|Sakit Tekak | Iritasi Tekak | Kepansan Badan 

Disyorkan oleh Kementerian Kesihatan China untuk merawat Penyakit Kaki, Tangan & Mulut di hospital
Disyorkan oleh Kementerian Kesihatan China untuk melegakan simptom COVID-19 
Ubat Paten Cina yang sewajarnya ada di setiap isi rumah untuk manangani infeksi saluran pernafasan atas !!

 

 

 

 

Kelahiran Larutan Oral Lan Qin

Larutan Oral Lan Qin, produk utama Yangtze River Pharmaceutical Group (YRPG) di China, yang dikenali sebagai "Billions Drug King", dibangunkan bersama dengan Universiti Perubatan Shandong dan dilancarkan pada tahun 1999.

Formula ini berasal daripada preskripsi purba "Huang Lian Jie Du Decoction", yang telah digunakan selama hampir 1,600 tahun untuk merawat penyakit demam, yang mempunyai gejala kepanasanan berlebihan, racun api (keradangan dan kepanasan yang teruk dalam badan) dan kepanasan yang kuat dalam tri-jiao (tiga bahagian rongga badan: atas, tengah, dan bawah). Keberkesanannya dalam menghilangkan kepanasan, menyalurkan haba berlebihan dan menyahtoksik diakui secara meluas!

Proses pengekstrakan Larutan Oral Lan Qin adalah mudah dan berkesan. Ia menjalankan proses rebusan perubatan tradisional Cina menggunakan kaedah perindustrian yang mengikuti kaedah purba secara optimum untuk memastikan kesemua bahan aktifnya diperoleh daripada bahan perubatan yang tulen tanpa sebarang bahan tambahan. Proses yang saintifik dan stabil ini memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk adalah konsisten supaya pengguna mendapat manfaat daripada kesan terapeutik yang paling berkesan.

Eksperimen telah menunjukkan bahawa Larutan Oral Lan Qin dapat merawat pelbagai penyakit pernafasan dan penyakit yang disebabkan oleh enterovirus dengan berkesan dengan menghalang replikasi dan pembiakan virus dalam mulut dan badan, termasuk EV71 yang amat mudah berjangkit yang boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Semasa wabak HFMD pada tahun 2010 di China, Larutan Oral Lan Qin, yang dihasilkan secara eksklusif oleh YRPG, telah ditetapkan sebagai ubat tradisional Cina utama untuk merawat kes-kes biasa HFMD oleh Kementerian Kesihatan. Ini dinyatakan dalam "Garis Panduan untuk Diagnosis dan Rawatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Edisi 2010)" pada bulan April tahun itu.

Dalam Fasa II ujian klinikal di Universiti Perubatan Tradisional Cina Beijing, Hospital Dongzhimen dan Universiti Perubatan Shandong, Larutan Oral Lan Qin terbukti sebagai ubat tradisional Cina yang berkesan untuk merawat batuk, sakit tekak, tekak kering dan tekak terbakar, terutamanya faringitis akut dan faringitis kronik. Ia bertindak dengan cepat dengan purata tempoh rawatan 2 hingga 3 hari dan mempunyai kadar keberkesanan keseluruhan 93.20%. Ini menunjukkan ia lebih berkesan daripada jenama ubat paten Cina lain di pasaran.

Apabila wabak COVID-19 meletus pada tahun 2020, Larutan Oral Lan Qin dimasukkan dalam rancangan rawatan perubatan tradisional Cina di peringkat wilayah dan perbandaran untuk radang paru-paru (pneumonia) yang dijangkiti oleh coronavirus baru disebabkan oleh kesan antivirusnya yang luar biasa.

Secara klinikal, ia digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan ubat lain untuk merawat faringitis akut/kronik, tonsilitis akut, ulser mulut, otitis media sekretori (jangkitan telinga dengan pengumpulan cecair) dalam kanak-kanak, pityriasis rosea (sejenis ruam kulit), HFMD dalam kanak-kanak, beguk, cacar air, miokarditis virus (radang otot jantung oleh virus) dalam kanak-kanak dan jangkitan saluran pernafasan atas, antara lain, dengan kesan terapeutik tertentu.

Sebagai ubat paten Cina, Larutan Oral Lan Qin sangat selamat dan sesuai untuk pelbagai golongan orang dan penyakit. Walaupun pada mulanya ia bertujuan untuk merawat sakit tekak dalam golongan muda dan tua, ia juga disyorkan secara nasional dalam pencegahan dan rawatan HFMD serta disyorkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Jiangsu dalam pencegahan Influenza A (H1N1) dalam kalangan kanak-kanak.

 

Hubungi Kami

No. 19-2, Jalan Sri Pinang 1, Taman Sri Pinang, Off Jalan Labu, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Rain Tree Rain @ The Era Duta North 1-06, NO 208, Jalan Segambut, Segambut, 51200 Kuala Lumpur.

Register Form

Batal

Sign in to your account

Register Form

Batal

Sign in to your account